Monday

macam ni la kawan :)

Dalam kehidupan yang serba moden yang dibawa oleh arus modenisasi ini. eh? intro je pon dah fail. Hello my friends, kawan-kawan blog, makcik-makcik twitter, atuk-atuk facebook and last but not least to pakwe-pakwe friendster. Sehat semua? Okay ni bukan ruangan untuk sesi tanya khabar. Just nak share story best dulu-dulu.

*****************************
Mase zaman kecik-kecik dulu, aku dengan adik beradik aku memang berhantu dengan air vitagen. Sedap wehh. Nak nak pulak zaman tu vitagen tengah up. Pepsi buat hal pepsi, koka kola sibuk fikir jalan macam mana nak up jugak. Yakult? Belum sampai Malaysia lagi time tu.

Fenomena vitagen time tu menjadi-jadi betul dari generasi ke generasi. Dari baby baby sampai lah ke orang tua yang dah telantar koma, masing-masing jadikan vitagen sebagai minuman ruji. Sehari tak dapat Vitagen boleh bengkak-bengkak sendi dibuatnya. Sistem penghadaman boleh jadi kacau. Silap-silap boleh dapat penyakin taun. Ok tipu.



Masa zaman aku sekolah dulu-dulu vitagen ni boleh dikatakan disyorkan oleh kerajaan jugak lah sebab dia banyak kebaikan terutamanya untuk usus. Jadi tiap tahun lori vitagen akan datang ke sekolah-sekolah untuk jual vitagen. Cikgu-cikgu akan edarkan satu kertas kecik kira macam order form la untuk murid-murid yang nak beli vitagen sehari sebelum lori vitagen datang.




Tujuan kertas tu diedarkan awal bukannya apa, nak suruh budak-budak balik rumah ngepau duit mak bapak masing-masing. Bebudak kecik la kata kan. Tak kan mintak duit nak beli Vitagen pon mak bapak tak kasi kan. Bukan untuk beli benda yang tak berfaedah. Minuman bagus untuk tumbesaran pulak tu  kan! Com'on Dad!

Tapi berbeza lah dengan family aku. Parent aku bukan jenis yang suka manjakan anak-anak. Setakat nak mintak duit beli vitagen memang boleh di lupakan jela. Tak dapat punye. *airmata meleleh masuk mulut.





Jadi dengan perasaan hampa, aku teruskan jugak hidup aku hari tu. Biarlah sistem penghadaman aku reput dimamah bakteria. Aku rela! Asalkan mak ayah cukup pakainya. Eh, tetibe.

Ok, masa dalam kelas Bahasa Melayu Puan Syaripah, cikgu paling tua dalam sekolah time tu. Dia pun mula lah buat announcement sesiapa yang nak beli vitagen boleh keluar beratur. Bebudak pun dah stanby dengan order list memasing. Ada yang beli lima botol, ada yang beli sepuluh. Yang paling tak tahan dua puluh botol pun ade. Jenis gayat macam tak penah jumpa vitagen.

Aku pulak memang dah takde duit sangat dah time tu. Dah habis duit beli ayam goreng kat kantin pagi tu. Aku pun dah gelabah lah. Mana tak nye, dah ramai-ramai duk pakat-pakat keluar beli vitagen, aku je sorang dalam kelas nanti cikgu cakap ape pulak. Aku mula lah duk korek-korek beg mana tahu ada terselit duit-duit syiling yang kelmarin punya.

Nasib aku memang cantik time tu, ada pulak tepat-tepat tujuh posen dalam poket beg. Cukup-cukup untuk beli sebotol vitagen. Aku tetap belum tenang lagi. Kalau aku beli sebotol je kang, kawan-kawan lain duk pakat ejek aku pulak. Brader vitagen pun silap-silap ari bulan tak nak jual kat aku dah. Aku pun keluar beratur kat lori vitagen dengan perasaan yang berbaur. Nak nangis aku time tu. Down gile dah.



Bila tibe je turn aku yang memang betol-betol dah ada depan brader lori vitagen tu, dia pun bukak mulut. "Adik nak beli perisa apa? ada bawak list tak?" Aku pun apa lagi, tak jawab pun dia tanya. Aku terus je lari pegi tandas. Dah tak fikir ape dah aku time tu. Aku fikir nak menyorok je sampai lori vitagen tu bla dari sekolah aku.

Sedang aku berlegar-legar dalam tandas tu, tibe-tibe ada orang tepuk bahu aku. Aku menoleh, kawan baik aku rupanya. Dia tanya aku kenapa muka aku runsing sangat, sembelit ke? hampeh. 

Aku ceritalah yang aku malu nak beli vitagen satu je. Noraida cakap dia nak beli sepuluh. Jadi untuk tutup aib aku, dia pun potong 10 kat kertas order dia, dia tulis 6. Atas kertas aku pulak dia potong 1, dia tulis 5. Lepas tu dia hulur duit dua ringgit lapan posen kat aku.

"Sekarang kau jangan sedih-sedih dah. Kita sama-sama beli banyak. Shhh.. Rahsia kita!"

"ok. Balik nanti aku bagi kat kau."  *dengan suara serak-serak sebak

Noraida pun tarik tangan aku pergi kat lori vitagen. Sampai kat depan brader lori vitagen, brader tu boleh pulak tegur aku "eh, ni adik yang lari tadi kan?" cilake.





p/s :  Kawan yang baik adalah kawan yang datang pada kau bila kau susah dan kata pada kau, "jangan risau, semua akan oke. aku kan ade"

No comments:

Post a Comment